2025-05-06
Malaysia mengorak langkah penting dalam teknologi hijau melalui IGEM
Artikel
Ini contoh artikel sahaja. KUALA LUMPUR, 9 Okt: Malaysia mencapai kemajuan ketara dalam teknologi hijau sekali gus meletakkan negara sebagai pemain utama pembangunan lestari serta tenaga boleh diperbaharui, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata perhimpunan seperti Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2024 memberi peluang yang besar kepada Malaysia untuk terus mencapai kemajuan sebagai peneraju dalam tenaga hijau dan boleh diperbaharui.
Nik Nazmi berkata IGEM 2024 menyediakan platform unik kepada kerajaan dan pemain industri untuk terlibat secara langsung, memupuk kerjasama yang mengubah idea menjadi tindakan manakala pelaburan menjadi impak ketara selain menangani cabaran.
“Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam teknologi hijau dan pada IGEM 2023 sahaja, kami mencapai potensi jualan bernilai lebih RM5 bilion yang sekali lagi menekankan kepentingan IGEM sebagai platform untuk pembangunan lestari di rantau ini.
Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=4OaAPebg56c